Skip to main content

Posts

Pepatah patah

Bila niat membantu , lebih kepada menolong orang lain .Pakukan dalam hati satu rasa yang tidak mahukan apa-apa sebagai balasan.  Ingat , tidak semua orang akan berterima kasih atau tahu menghargai mengikut cara kita, mereka mungkin ada cara mereka yang tersendiri.  Ikhlaskan hati, tiada daya pertolongan itu hanya dari Allah dan Kita cuma perantaraan sahaja. 
Recent posts

Pepatah patah

 Berdamai dengan takdir.  Bukan sesuatu yang mudah untuk berdamai, berperang dengan jiwa, akal hati , nafsu.  Perasaan berbolak balik. Berdamailah untuk jiwa tenang . Saat aku katakan berdamai sakitnya sampai ke tulang putih.  Berdamailah dengan rezeki, jodoh Dan pertemuan.  Berdamailah .... 

Pepatah patah

 Lately susah nak tidur awal, nampak ya banyak Hal lagha...hahahaha... Tahu tak kelemahan seorang lelaki mesti la.......... Wanita , kenapa?  Boleh jadi seorang ibu, isteri ,kakak atau pun adik. Lelaki sifatnya protektif manakala wanita sifatnya lembut , ingin dilindungi.  Itu fitrah . 

Pepatah patah

Jika dalam suatu perhubungan tidak kira apapun hubungannya , kalau boleh jauhilah mata lalat.  Kenapa akan ada manusia yang tidak suka atas kegembiraan dan kebahagia orang lain. Ketahuilah , mendidik hati untuk bersangka baik sangat sukar ya. Menjaga hati untuk dari satu titik hitam sebesar zarah sangat sukar. 

Relevan

 Blog Masih relevan atau tidak?  Sekarang banyak media sosial yang menjadi dairi bagi orang dizaman sekarang.  Macam mana saya boleh kembali kepada blog. Kadang tertanya mungkin saya yang tidak aktif atau tumpuan lebih kepada media lain seperti Facebook,Instagram,youtube Dan juga TikTok.  Untuk itu, saya memilih blog kerana tahu laman ni mungkin ada orang tidak akan baca lagi. Hehehehe  Kind of ... Bebas untuk meluah😂 Bila usia makin meningkat kita berubah ke satu arah yang calm, alone dan tak mahu apa - apa perhatian kan.. rasanya lah. Tahu tak kenapa saya mula mencoret kembali, kerana satu buku yang sangat hype dalam beberapa bulan ni. Tentang seorang penulis yang sangat popular. Tapi biasa la saya geng mak mak agak ketinggalan barangkali🤭. Mungkin selepas baca buku dia, saya terus teringatkan blog yang bersawang ni. 

Comeback 2024

 Bismillah....  Hi page, nice to meet you again.  Ya Allah...  Sangat lama page ini ditinggalkan.  Sungguh saya dah lupa tentang blog .  Last 2019 , 5 Tahun saya lupa . Pagi ni saya teringatkan blog saya ni... From beautiful life to blackboldmakerpen  Saya lupa sangat lupa tentang ini.  Saya hilang setelah saya mendirikan rumah tangga.  Kini dikurniakan 3 cahaya mata .  Alhamdulillah semua hero Allah kurniakan.  5 Tahun hidup saya berubah Dunia saya berputar 360 darjah.  Saya adalah diri saya yang asing.  Ada banyak yang saya ingin kongsikan.  Wait for me ya... Love your self always.. and forever .. 

Part 1 (takdir mencintaimu)

Pap! Berderai beberapa proposal file yang di hantar oleh Nur maryam Sebentar tadi di baling oleh carl uzairy Selaku pengarah urusan di TheJulians cooperation keatas meja . nur mengetap bibir. Hah mampus kat sini sekejab.hati merungut kecil. "who ask you to set the date Nur? Kening terjongket sebelah, mata tajam merenung Tajam. Ya  ya lelaki ini boleh dikata kan teman perang mulut setiap hari sepanjang bekerja sebagai PA kepada carl uzairy sepanjang 5 tahun ya bukan 5 hari . Mata nur melorot dari meja sudah berterabur  ke arah wajah kacak lelaki itu. Ya kacak sangat!manusia yang dikategori sangat sempurna . Mata hitam pekat ,bulu mata hitam melentik, kening hitam terletak cantik , hidung mancung sesuai dengan bentuk wajah panjang penuh maskulin. Ya ya lelaki yang lengkap pakej memamg apa wanita perlukan dia dah complete set! Sempat dia menganalisis  bos nya. "Nur!" Sekali lagi Carl mengulangi nama Nur dia masih menunggu jawapan daripada Nur Maryam. Mata Carl mula  ...