Tuesday 23 April 2019

Part 1 (takdir mencintaimu)

Pap! Berderai beberapa proposal file yang di hantar oleh Nur maryam Sebentar tadi di baling oleh carl uzairy Selaku pengarah urusan di TheJulians cooperation keatas meja . nur mengetap bibir. Hah mampus kat sini sekejab.hati merungut kecil.

"who ask you to set the date Nur?

Kening terjongket sebelah, mata tajam merenung Tajam. Ya  ya lelaki ini boleh dikata kan teman perang mulut setiap hari sepanjang bekerja sebagai PA kepada carl uzairy sepanjang 5 tahun ya bukan 5 hari . Mata nur melorot dari meja sudah berterabur  ke arah wajah kacak lelaki itu. Ya kacak sangat!manusia yang dikategori sangat sempurna . Mata hitam pekat ,bulu mata hitam melentik, kening hitam terletak cantik , hidung mancung sesuai dengan bentuk wajah panjang penuh maskulin. Ya ya lelaki yang lengkap pakej memamg apa wanita perlukan dia dah complete set! Sempat dia menganalisis  bos nya.

"Nur!" Sekali lagi Carl mengulangi nama Nur dia masih menunggu jawapan daripada Nur Maryam. Mata Carl mula  merah Usahkan mata telinga pun turut  merah kalau dah marah.

Ipad sebesar 10 inci ditangan dipeluk ketat.nafas ditarik dalam mengkumpul kekuatan . Otak pantas mencari idea..ya dia kena pantas . Kalau tak Lagi teruk kena tembak dengan mulut leser tu.

"Datin Sri Elizebert Julian yang setkan, tapi En.carl.."

"Dia tak akan dapat set kalau kau tak bagitahu Jadual masa aku Nur?

"saya tak ada pilihan En.carl.."

"kau tak ada pilihan atau memang Kau ni tak pandai buat kerja, kerja termenung saja kan" tempelak Carl Uzairy geram.

"ooo.. Kalau saya ni tak pandai buat kerja kenapa en.carl tak terima saja resign letter saya tu?kali ni giliran Nur pula membidas Carl uzairy.

Geram pula setiap bicaranya dicantas .Masing masing membutang mata. Tak mahu mengaku kalah. Tapi yang selalu kalah adalah Nur pantas anak matanya lari kearah lain.

"ooohh...itu pula kau ungkit ya?Aku nak Kau tu belajar Nur, asyik fikir nak resing je memang tak la aku nak kasi"

"eh... Encik Carl ni.."

" Enough! Sekarang aku nk tahu kenapa kau terima temu janji ni!"

Kata dia dipotong belum lagi habis berbicara. Hah ni la carl uzairy cepat sangat potong cakap orang. Nur merengus kecil. Ya lelaki tu masih merenung tajam. Macam nak telan pun ada. Nur menapak kedepan meja. Gerun.  Seketika tadi dia berdiri disisi lelaki itu tetapi sekarang dia perlu mengelak kerana bahang panas boleh kena tempias tau.aish...

Kali ni nur membalas pandangan carl dengan berani. Dia tak salah!

"En.Carl saya cuma terima arahan daripada Datin sri.."kata kata mati seketika renungan mata tu tajam membuat kata kata nur hilang lidahnya kelu secara tiba tiba.

Bila mata dia cuba melawan panahan mata Carl pasti Nur akan melarikan matanya dahulu.

"tak kan kau tak boleh elak Nur,sebelum ni ok saja. If nenda kacau kau kenapa Kau tak bagitau aku?"

Huh! Keluhan agak kuat terkeluar.memang tak sopan tapi dalam situasi tersepit memang dia tak boleh kawal.Tapi apa yang carl kata tu ada benar.

"en.carl saya dah banyak mengelat tau. Ingat senang ke saya nak bagi serba macam alasan. Tak sangka pula cik gabrillia bergabung kuasa denga Datin Sri Elizeberth Julian  semata nak dapatkan date ni.Masing Masing serang saya nak dapatkan you free time!"

Kali ni macam peluru ayat tu keluar, tidak dapat ditahan lagi. Dan ditekankan Pada ayat you free time tu. Sakit hati . Macam la dia tak pandai buat kerja. Yang si gabrilia ni pun satu pandai pula rancang Komplot. Dasar cheetah! Yang bapak rimau ni pula kenapa susah nak jumpa nenda dia dan bakal tunang nih. Stresnya PA la yang kena tanggung.

" lagi pun Datin Sri cakap tu bussines diner meeting. Tak ada kena mengena dengan personal Matter so Saya rasa boleh diterima sebab tiada melibatkan Hal peribadi kot".

Sambungnya  pandangan dilepaskan pada carl yang sudah membelakanginya. Ya mungkin melepaskan padangan ketingkap yang seluas dinding tu dengan permandangan bangunan pencakar langit.Tidak indah langsung!.

Sepantasnya carl Uzairy berpaling kembali kepada  Nur. Tangan kanan dia diangkat ke kepala. Memicit dahi yang seakan sudah Berdenyut. Bab menjawab mulut perempuan ni memang pandai.

"Nur...Then you belived that?...Nur..Nur...Kau tahu Kan  Aku memang tak suka jumpa nenda dengan gab sebab Aku tahu agenda mereka nur, tak kan sampai hari ni  kau memang tak reti nak faham nur...!"

Keras suara carl dihujungnya dan dia sangat bengang di atas kecuaian nur. Memang dia sengaja mengelat jumpa nendanya.
Carl Sudah duduk dikerusi pandangan dihala kearah telefon. Beberapa miss call dari nenda hanya dipandang seketika. Nur masih berdiri tegak bagaikan patung.Mati kata kata. Suansana kembali tenang jeda panjang diantara mereka.

"en.carl tu susah nak jumpa nenek sendiri
kenapa?" sekali lagi Nur melepaskan geramnya. Asyik nak salahkan dia saja.

"hayss... Mulut tu.. Kalau tak menjawab memang tak boleh ya!" jawab en.carl sambil tanganya menunjuk kearah Mulut Nur.

Terbakar saja bila mendengar setiap kata dari mulut Nur Maryam.

"aku cium karang baru tahu!" ugut Carl Uzairy , senyuman mengejek terukir dibibir puas hati lihat Nur Maryam diam sambil mengetip bibir. Tahu takut bisik hati carl . Tapi memang tidak la dia nak sentuh Nur sebab dia memang tidak boleh sentuh mana mana wanita.

"en.carl... Kalau tak ada apa apa saya keluar dulu" Cepat cepat Nur mahu mengundurkan diri. Bukan boleh disangka kalau bos dia mula mengugut,mahu dia buat gila ke, ada hati nak cium dia sentuh perpempuan pun rupa bosnya Macam nak rentung badan, ada hati nak sentuh dirinya. Nur mengutuk Carl Uzairy. Usai berkata nur melangkah kearah pintu.Malas nak bertegang urat.

"jam berapa ? Kat mana tempatnya?"

Saat tangan mengapai tombol pintu nur mendengar pertanyaan dari pemilik suara garau itu. Langkahnya terhenti dan kembali Berpusing kearah en.carl.

"jam 8.30 malam di restoran Skyfall ,anyting else?"

melihat Carl mengeleng Kepala nur terus keluar. Sesak nafas dia rasa Berada didalam bilik itu Dah la dia putus idea untuk membalas segala tembakan dari EncikCarl.

Ps: not edited .ni hobi sahaja, tatabahasa mungkin banyak salah.

Monday 8 April 2019

Prolog ( takdir mencintaimu)


Nur Maryam merapatkan kemas sweaternya membaluti tubuh genitnya. Sejuk mencengkam hingga ketulang putih.Usai sahaja solat subuh matanya tidak lagi mahu lelap jadi dia turun dari rumah mak usu untuk menikmati suasana hening subuh, bau embun pada rumput Hijau luas menyamankan.

Kaki melangkah perlahan angaran jarak 100 meter dari rumah Mak usu , tersegah indah Banglow mewah didepan mata hanya taman bulat buatan memisahkan rumah Mak usu dengan banglow itu. Kolam air pancut menarik perhatian Nur ditengah-tengahnya ada batu besar , diatas batu itu ada dua ekor angsa putih menghadap satu sama lain lehenya menyilang menjadikan bentuk hati dan dari mulut Kedua dua angsa Itu keluar pancutan air.  Setiap penjuru jalan dan kolam itu ada lampu antik yang menyerikan lagi  taman buatan ini Sangat mengkagumkan Bagi Nur.

"haih sejuknya ya Tuhan.." Nur berbisik sendirian.

kedudukan Banglow di atas bukit di Kota Damansara benar mengambarkan kemewahan. Hari ini, hari ke empat dia berkampung dirumah mak usu adik kepada bondanya dan menjadi ustazah tidak bertauliah mengajar Nana mengaji Al-quran. Bonda ikut ayah ke pahang, Ayah ada kursus pada masa yang sama bonda mahu melawat ibu saudaranya di kuantan. Alif dan Aiman ikut sekali dan Nur pula lambat pulang dari Univerisiti , setelah hampir 2 tahun dia jadi pembantu kepada penyarahnya yang giat melakukan kajian untuk sambungan keperingkat PHD. Pulang sahaja beberapa hari lepas Mak usu menjemput Nur dari rumah sewa dan bawa kesini, Setahunya suami mak usu peguam peribadi kepada keluarga bangsawan.

Hud disarungkan dikepala Yang Beralaskan tudung sarungnya lalu Nur Menarik zip hingga ke paras leher hanya mendedahkan raut wajahnya sahaja. Mata Bulat Nur masih meneliti kolam air pancut buatan itu. Setiap ukuranya sangat kemas mungkin bukan calang calang orang yang membuat ukiran kolam ini.Saat Nur memusingkan badan untuk mengelilingi kolam hampir jantungnya luruh, jeritan itu juga buat dia menjerit kecil.

"Aargh!!!"

"Argh!... Ya Tuhanku" jerit Nur kecil sambil menutup muka, dia cuma nampak lembaga hitam .

Kerana terperanjatkan gadis asing dihadap dia,  Carl Uzairy  memgengam lututnya sambil membongkokkan badan. Ingatkan lembaga apa berbungkus dihadapanya. Dia baru mahu panaskan badan untuk keluar jogin terkejut dek kemunculan gadis asing dihadapannya.

"kau siapa?" kasar pertanyaan dari carl Uzairy dadanya diusap lembut.

Sabarlah wahai hati bisik carl uzairy.

Nur masih terpaku. Makhluk itu bercakap dia masih tercengang, matanya disepetkan silaunya agak tinggi malah rabun juga jadi dibawah cahaya lampu yang terang dia tidak dapat melihat jelas wajah lelaki dihadapnya yang berhud hitam.
Ya lelaki! Suara lelaki mata Nur terbutang luas , bulu romanya berdiri tegak. Lantas dia cepat pusingkan diri mahu balik ke rumah mak usu. Hatinya berteriak kecil ketakutan . Tapi langkahnya terhenti apabila suara itu mula kedengaran kasar.

"hey!kemana kau nak lari? Kau siapa? Pencuri ya!"  bertubi tubi pertanyaan dari mulut Carl Uzairy.

Siap berhud, apa gadis ni hendak sebenarnya. Nampak mencurigakan.

Nur memusingkan dirinya kembali.

"pencuri?saya bukan pencuri! Nak mencuri apa nya waktu macam ni, pakai pun sweater putih, lain la Saudara dihadapan saya ni dah la pakai serba hitam! Entah entah saudara pencurinya." Nur menduga  hilang terus rasa takut yang mencekam hatinya.

Sememangnya dia masih belum dapat melihat wajah lelaki dihadapannya dan dia sememangnya takut dengan lelaki, lelaki asing ya.

Melihat mata gadis dihadapnya bergerak aneh Carl Uzairy menarik kebelakang Hud yang menutupi wajahnya. "Haih.. Aku pula dikatakan pencuri. Spoil mood betul la." Carl merungut.

Nur membutang mata , indah sungguh ciptaan Tuhan dihadapannya hati nur berbisik halus. Baru dia mahu memuji,hati hitam pula berbisik, kalau nama lelaki nur , hensem ke hodoh ke semua tak guna kau jangan terpedaya nur!. Wajah Nur kembali bersahaja hilang sudah rasa kagum dihatinya.

"hello, rupa macam ni pencuri ke? Dalam rumah sendiri pula tu." Carl Uzairy menjawab sinis.

"Tengok la dengan siapa kau bercakap perempuan! " sambung Carl lagi.

Hati Nur Maryam sudah kembali cuak mana tidaknya dia sudah salah membuat tuduhan. Relek-releks hatinya memujuk. Lelaki ni pagi pagi buta ni ajak bertekak pula. Adoi!

"Saya minta maaf kalau saya salah, tapi saya bukan pencuri!" ujar Nur dia masih tidak mahu kalah.

Lelaki dihadapnya tersenyum sinis. Sakit pula hati Nur Maryam melihat senyuman sinis tu.

"Aku peduli apa! Siapa kau? Apa yang kau buat pagi-pagi kat sini?" sekali lagi pertanyaan kasar dari Carl Uzairy.

Ini sudah masuk kali ke tiga dia tanya benda yang sama susah sangat nak bagitahu, Mulut Perempuan ni memang tak reti nak berhenti menjawab itu memang pantang bagi Carl Uzairy.

"Amboi...Sedara ni Memang tidak boleh berbicara baik sedikit ke ? Tanya orang macam nak ajak bertumbuk!" tempelak Nur Maryam. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.

Mata Carl Uzairy membutang luas, dia meraup rambutnya kebelakang. Perempuan ni kaki menjawab. Tetapi lain ditanya lain pula dijawab.Dia nak ajar aku bercakap pula. Rengus Carl Uzairy. Kecil besar sahaja dia renung gadis dihadapanya yang siap bercekak pinggang.

"hai saudari... Aku tanya kau ni buat apa pagi pagi buta ni, dekat kawasan rumah orang ni. Kalau aku panggil polis memang kau kena tangkap tau!"  panjang  Carl uzairy bertanya dalam nada perli dan sinis.

Nur Maryam mengetap bibir. Tu la Nur mulut macam spedo, orang tanya jawab la ni nak berdalih dan berbahasa bagai kan dia dah siap nak panggil polis, Tidak boleh jadi. Hati Nur bermonoloq lagi. Nur mula berdehem.

"bukan... macam ni Encik, Saya ni.."

"Nur... Buat apa kat sini pagi-pagi ni.." kehadiran Abang Kamal menyelamatkan Nur dari lelaki dihadapannya.

"Abang mal... Nur saja jalan-jalan ambil angin subuh" .Ujar Nur hatinya sedikit tenang melihat Abang Kamal yang sudah berdiri disebelahnya.

Penat pula bertengang urat dengan lelaki dihadapanya. Nasib baik abang Kamal ada kalau tidak mesti dia diseret oleh lelaki itu yang menuduh dia pencuri. Tak habis habis ingat aku ni pencuri rupa aku macam pencuri ke? Hati Nur berkata lagi.

"kau kenal dia mal?"Tanya Carl Uzairy bila Kamal memangil gadis yang bernama Nur, itu pertama kali dia melihat gadis dihadapanya setelah pulang dari bussines trip di Jepun.

" Anak saudara ibu aku la Carl...nanti la aku cerita." ujar Kamal pendek . Dia sudah berpakaian sukan ingin menemani Carl untuk beriadah disubuh hari almaklumlah orang tengah stress perlu peneman dimana-mana.

"Nur nak ikut abang jogin?" perlawaan dari Kamal ditolak oleh Nur.

"tak mahu la abang mal... Nur nak tolong mak usu masak sarapan" Nur menjawab perlahan, masih gerun kerana lelaki bernama Carl merenungnya macam harimau lapar sahaja.

"Dah Nur pergi masuk dulu, sejuk ni" ujar Kamal  perihatin.

Nur maryam menganguk perlahan dan kaki melangkah pulang . Hilang mood mahu menikmati udara subuh hari dah la kena tuduh jadi pencuri. Susah juga nak ambil angin waktu gelap begini dikawasan banglow mewah bukan angin yang dapat tapi kepala berangin yang dapat. Haih...

"Carl... Jom ! Jangan ditenung sangat anak dara orang!" usik kamal.

"mana ada lah... Aku pelik saja" tepis Carl Sambil menumbuk perlahan bahu Kamal. Kamal ketawa galak.

" Lee han masih cuti ke?"  tanya Kamal .

"haa ah" carl menjawab pendek. Sambil berjalan perlahan mengekori Kamal.

Nur memusingkan badan melihat bayang Abang Kamal  dan temannya sudah hilang disebalik pagar kecil di satu penjuru taman tadi. Huh! Lega hati Nur Maryam.

**************

"Kak Nur!" Nur berpaling kearah suara Nana, paip getah biru ditangan dilayan kearah pokok bunga yang mekar dengan bunga yang warna warni. Sejuk tangan Mak Usu Bunga yang ditanam tumbuh dengan segar dan subur. Nana berlari kecil kearah Nur , lalu tangan Nur dicapai dan ditarik.

"eh.. Nak kemana Nana ?" tanya Nur tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Kak Nur kata nak ambil gambar dekat angsa tu" jawab Nana sambil tangan dia menunjukan kearah kolan air pancut ditengah halaman antara banglow mewah dan rumah Mak Usu.

"Tak payah la Nana..." kata Nur sambil menarik tangan dia kembali.

Memang dia teringin sangat nak ambil gambar kat taman tu. Tapi selepas insiden minggu lalu dia tidak menjejaki lagi melainkan kalau Datin Zahra yang memangilnya.Itu pun sebab Datin Zahra menyuruh dia turut mengajar anak kembarnya mengaji Al-quran. Ye la ustazah tak bertauliah.

"Nur... Pergilah.. Mari Mak Usu siram ni" entah bila mak Usu muncul disebelah Nur.

Paip getah ditangan Nur dicapai oleh Puan kamariah. Lalu Nana menarik tangan Nur dia sudah tidak sabar mahu berselfi dengan Nur. Nur hanya mengikuti tangkah Nana aka Jaslyana.

"ala... Kak Nur.. Nana lupa kamera Nana"

"eh.. Nak kemana tu?" ujar Nur bila melihat Nana pusing kembali kerumahnya.

"Nak ambil kamera la.." ujar Nana sambil berlari .

"Tak payah.. Pakai je kamera handphone ni" ujar Nur sambil melayangkan telefon samsung Galaxy note tapi Nana tetap lari meninggalkan Nur di taman bulatan sendirian.

Nur mengeluh terpaksa la dia tunggu. Handphone ditangan ditilik .Tiba-tiba Nur terasa nak berselfi sendirian dia memandang sekeliling taman. Tiada orang!, "line clear"lalu Nur mengambil selfienya sendiri dengan gaya kepala disenget sedikit dan tangan kiri diangkat bentuk peace disebelah pipinya. Click! Nur senyum lebar tak sabar mahu whatsapp kepada Nadine. Tapi senyuman Nur mati matanya terbeliak melihat ada wajah yang dikenali disebalik gambarnya.Nur zoom gambar tersebut wajah Carl Uzairy terjenggul disebalik patung angsa dibelakang Nur.  Nur menarik nafas perlahan lalu memusingkan badan kearah belakang. Pipinya disebu merah, rasanya bukan pipi satu muka rasa darah dah berkumpul.malu itu sahaja yang dia rasa sekarang ini.

Carl Uzairy tersenyum mengejek. Tidak dia sangka ada orang ambil gambar sendirian. Tidak berniat untuk photobom gambar Nur Maryam, tetapi ada rasa ingin mengiat Nur Maryam.

" Apa yang cantik sangat pada angsa ni?" Carl Uzairy bersuara datar.

Wajah Nur sudah mula bertukar kearah merah jambu. Hati Carl Uzairy terusik mengejek.
Dia melangkah mengelilingi kolam bulat tersebut. Di tangannya ada sebuat buku bertajuk I AM A MAN.

Nur melirik pada buku tersebut, sedikit maklumat dia tahu dari Nana lelaki dihadapannya ada sakit yang ganjil dia tidak boleh didekati oleh mana mana perempuan dan baru broken heart kata Nana.

"Cantik..."Nur menjawab pendek. Sebenarnya dia malu dan segan semua perasaan bercambur sebab dah kantoi selfi mesti lelaki tu gelak besar dalam hati. Tengok muka pun dah tahu. Hati Nur meneka.

"Cantik apanya." Carl Uzairy berbisik perlahan tetapi dapat didengari oleh Nur.

Huh.. Perempuan memang macam ni lah agaknya. Taman ini hadiah arwah datuk kepada nenda, tanda cinta sejati Dato' Sri Akhbar Ibrahim kepada Datin Sri Elizeberth Julian. Begitu besar nilainya sebab itu nendanya agak menjaga taman ini sebaik mungkin. Diarahnya 4 orang tukang kebung untuk membersihkan taman ini setiap hari. Sebab itu taman ini sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

"kenapa Encik pandang saya macam tu?" Ujar Nur setelah lama terasa dia ditenung.

Ada yang tak kena ke pada wajah dia kot tadi dia berkebun ada pasir ke tanah ke Nur meraba raba wajahnya.

"mana ada aku pandang kau, aku pandang itu pokok!" jawab Carl Uzairy sambil jari telunjuk diarah pokok Doa atau Bucida moleneti yang membesar dengan gahnya.

Dia sebenarnya terkejut mengelamun pasal taman ni sambil tenung Nur Maryam apa kejadah tidak pasal kena cover malu. Dia mula meninjau sekeliling taman.

Nur mengigit bibir malu seketika. Dahi Nur mengenyit , mata kero agaknya sayang rupa dah cukup hensome sungguh tapi mata kero. Hati Nur Maryam mengutuk. Haih Nur jangan gaduh lagi beberapa hari nanti dah nak balik shah Alam. Berdamai lah tidak mahu tinggalkan perasaan negatif .

"Saya.. Minta maaf atas kelancangan Saya tempoh hari."

Langkah Carl Uzairy terhenti seketika, dia memandang Nur maryam yang sudah ada dihadapnya. Carl mengetuk getuk perlahan buku yang dibimbitnya diatas permukaan Bingkai kolam bulat. Lalu dia bersandar pada dinding bingkai kolam itu.

"yes! Memang patut pun." Carl berkata angkuh. Nur mencebik, sabar Nur maryam hati Nur berbisik.

"Tetapi Encik Carl Uzairy pun kena minta maaf dengan saya sebab dah tuduh saya pencuri." tempelak Nur.

"NO WAY!" pintas Carl Uzairy itu tidak mungkin berlaku. Carl ketawa sinis. Dia menyilangkan kedua dua tangannya didada.

Nur Maryam terganga dengan reaksi sombong lelaki dihadapanya. Sungguh niat untuk berdamai sudah hilang lelaki sombong ini perlukan pengajaran.

"Ayah saya cakap, orang yang mulia dia akan minta maaf atas setiap kesalahnya. Rasa saya lah...Encik Carl ni tidak la mulia seperti yang dikatakan!" perli Nur Maryam geram sungguh!

"wait... What? That day you are so rude then you ask me to apology?" Carl sudah menyandar ditepi kolam.

Dia agak bengang dengan kata-kata Nur Maryam yang cukup mencabarnya.

Nur mencebik masih berdiri dihadapan Carl jarak ketinggian agak berbeza . Agak kaget tapi itu yang Nur lalui sekarang dia tidak akan biarkan orang yang kaya berpengaruh membulinya sesuka hati seperti mana yang pernah dia hadapi dulu. Nur  menganguk penuh berkeyakinan.

"A big No! Aku tak akan minta maaf pada orang yang kurang ajar dengan aku." ujar Carl Uzairy dengan anggkuh sambil senyum sinis. Perempuan ini terlalu berani itu yang dia rasakan sekarang.

" Saya kurang ajar? Shame on you!" ujar Nur geram, hatinya cukup sakit.

Matanya merah merenung kearah Carl entah mengapa rasa amarahnya mula kemuncak. Larvanya sudah mengelegak tunggu untuk meletus sahaja.

"What? Kau ulang balik." kali ini Carl turut terasa bengang dengan tuduhan Nur.Dia kutuk aku!. Carl Uzairy bangun berdiri tegak berhadapan dengan Nur.

"yes!shame ...on... you!!!! Encik cakap saya kurang ajar pada masa yang sama Encik pun kurang ajar dengan saya. Orang kaya macam encik ni memang suka mengambil kesempatan diatas orang yang lemah kan? Suka kalau orang lemah macam saya ni merayu merayu pada Encik kan jangan mimpi lah" panjang lebar Nur melepaskan amarah yang mengunung.

Larvanya sudah meletus.Nur mendongakkan kepala seperti mahu mencabar. Tidak pernah sedekat itu dengan lelaki tapi kali ini dia cukup tercabar. Peristiwa 10 tahun lalu terbayang dimata bila maruah dia dipijak pijak lunyai. Sungguh menyakitkan.

Carl Uzairy terbeliak mata mendengar hujah dari Nur Maryam. Dia tidak lah seteruk itu. Cuma dia rasa tercabar dengan kata kata Nur. Saat dia mahu menghamburkan kata-kata Lidahnya kelu bila terpandangkan sepasang mata Nur yang menpunyai rasa yang aneh. Mata yang penuh benci amarah dendam dan kesakitan yang mencekam jiwa. Hati carl Uzairy tersentuh. mata Nur berkaca tapi bukan menagis Tapi sesuatu perasaan yang dia pun tidak pasti. Carl uzairy menundukan sedikit tubuh untuk merenung mata coklat milik gadis dihadapanya kini.

Nur Maryam terpaku, terkejut dengan reaksi lelaki itu. Segala perasaan marah mula merundum hanya ada rasa gentar. Nur  tersedar, Dia menelan ludah perlahan. Lalu dia mengundurkan langkah dan cuba meningalkan lelaki itu. Namum langkah Nur Maryam terhenti bila Nana berlari kecil sambil mengoyangkan kamera Polaroid Mini 8.

"Maaf Kak Nur..." ujar Nana sambil menarik nafas mengah.

Nur tersenyum tawar masih gugup. Entah tiba tiba rasa dia terlebih emosi sepatutnya dia patut balik awal tadi kalau dia tidak bertekak mesti perkara itu tidak akan jadi. Sekarang dia merasa malu sangat.

Mata Carl Uzairy masing memandang Nur tidak sempat mencari jawapan Nur Maryam terlebih dahulu menarik tangan Nana untuk kembali kerumah Mak Usu.

"Jom ...balik kita ambil gambar lain kali nak." Nur berkata sambil menarik tangan Nana.

"Ala... Penat tau Nana lari ambil kamera ni tau." Nana mencemik manja. Nur Maryam mengeluh perlahan. Mata Nur Maryam Melirik kearah Carl Uzairy yang makin medekati mereka.

"kejab je..."Nana merayu manja.Nur mengalah Kalah, senyuman tawar masih terhias dibibir mungil Merah delima.

"Abang Carl ... Tolong Ana ambilkan gambar kami" Nana menghulurkan kamera polaroid.

Carl menyambut dengan senyuman.

"Boleh saja dik.." ujar Carl Sambil membelek kamera. Buku Yang dibimbit dia letak diatas pasu bunga .

Nana tersenyum riang sungguh dia tidak sabar mahu menyimpan gambar tersebut didalam dairi.

Nur sekarang berasa sangat kekok untuk beraksi depan lelaki yang baru sahaja dia berperang mulut. Hati dia berasa gusar secara tiba tiba.

"kak nur bagi handphone kak Nur?"

"Untuk apa?" ujar Nur sambil mengeluarkan telefon kepada Nana.

Nana menyambut lalu di berikan kepada Carl . Nur terpana atas tindakan Nana,Carl menyambut sambil mengenyit keningnya.

"Ni nak buat apa pula ni dik?"

"Nanti abang ambil untuk kak Nur sekali tau, untuk kenangan" belum sempat Nur membangkang Nana sudah menarik Nur kearah kolam.

Carl tersenyum sinis, kemana perginya mulut Nur yang banyak menjawab tadi, sudah menjadi bisu kah tiba tiba lagaknya tadi seperi kucing yang mahu menyinga tapi sekarang sudah jadi kucing yang menikus. Carl mengelengkan kepala.

Nur mencebik melihat gelengan Carl dalam hatinya meneka agaknya lelaki itu mengutuk dia.

"ok ready?" mendengar laungan Carl mebuatkan Nur berdiri tegak seperti patung wajahnya tidak tahu bagaimana mahu beraksi mahu senyum atau berbuat biasa saja, kalau tak senyum mesti Nana kecil hati lalu Nur menarik sedikit saja bibirnya.

"Nana bagitahu orang sebelah senyum sikit, jangan buat muka tahan sakit perut ." mulut Nur ternganga mendengar kata sinis dari Carl .

"Kak Nur senyum tau..Senyuman akak manis sangat!" ujar Nana Sambil Mengengam tangan kanan Nur lalu melentokkan kepada dibahu Nur.

Nur tersentuh dengan omelan Nana tanpa disedari bibirnya melahirkan senyuman. Click!

Setelah selesai dia melayan kerenah Nana untuk mengambil gambar bersama, lalu dia menapak kearah Carl untuk menuntut telefonnya. Lelaki itu sedang sibuk menunjukkan gambar kepada Nana.

"bagi balik handphone saya." pinta Nur, sambil tangan kanan menadah dihadapan Carl Uzairy. Carl  memandang kosong tidak ada sebarang reaksi.

"boleh... Tapi dengan satu syarat? " ujar Carl bersahaja .

Nur mempamerkan wajah tidak puas hati. Apa lagi dia nak , detik hati Nur. Mata melirik pada tangan lelaki dihadapan dia yang lincah menekan sesuatu pada telefonya. Nur merengus kecil tanda protes hak peribadi telah diceroboh.

"Apa dia? Cepat la?" pinta Nur lagi.

Dia mahu cepat kerana sudah tidak betah lagi mahu berdiri disini. cukup dia kena beraksi untuk Mengambi gambar dengan Nana dihadapan Carl penuh rasa kaku. Tapi apakan daya demi Nana dia ikutkan sahaja.

"jadi PA aku!" Nur tercengan mendengar syarat Yang meluncur keluar dari mulut Carl.

Perkataan PA menari nari dikepalanya. Sekarang dia cuba mengahadam permitaan itu, mana tidak dia dan Carl sebelum ini hanya bertekak sahaja dan sekarang lelaki itu meminta dia untuk menjadi Personal Assistant. Kegilaan apakah ini!

"Nanti saya fikirkan.." jawab Nur, lalu telefon pada tangan Carl dirampas laju dan dia kembali berlari meninggalkan Carl Uzairy ditaman. Nana sudah hilang entah kemana.

"Nanti jangan lupa bagitahu aku jawapan!" sayup sayup Nur mendengar suara Carl Uzairy.

Carl tersenyum menapakkan Gigi putih sebaris. Sungguh hati dia terusik dengan gelagat Kucing warrior Nur itu. Dalam diam dia juga binggung kenapa dia tiba-tiba meletak syarat mengarut. Lee han menapak disebelah sambil menghulurkan satu sampul surat coklat yang berupa beberapa dokumen didalamnya.

P/s: aku menulis kerna hobi, tatabahasa mungkin ada yang salah dan bercelaru. Andai mahu memberi teguran. Berikan yang membina.

Thank you ... Spread love❤💙💜🖤💛🧡

Sinopsis (takdir mencintaimu)

Carl uzairy seorang lelaki yang digilai oleh ramai wanita tapi sayang dia suka menjauhkan diri perempuan malah enggan disentuh oleh mana mana Perempuan ,manakala Nur maryam merupakan PA kepada Carl Uzairy pula mempunyai phobia terhadap lelaki oleh disebabkan itu mereka boleh bekerja besama. Hubungan antara boss dan PA yang selalu akan ada pertikaman lidah. Sorang tidak suka mengalah dan ego manakala seorang lagi mulut suka menjawab

Namum atas desakan nenda menjodohkan Carl Uzairy dengan Gabriliana sepupunya, dia telah melamar Nur Maryam sebagai isterinya.pada awalnya lamaran ditolak dan akhirnya Nur Maryam menerima atas desakan keluarga.
Di awal perkahwinan agak sukar untuk mendekati satu sama lain . Namu tanpa disedari carl mencintai Nur tapi sukar untuk carl menerobos dinding yang Nur cipta diantara mereka. Disaat dia mampu mengetuk pintu hati Nur kehadiran Jaslina setelah 5 tahun menghilang membuat carl ragu dengan keputusannya adakah dia masih menyintai Jaslina atau cinta nan satu untuk Nur Maryam. Disaat Nur mula mahu membuka pintu kepada suaminya dia kembali Patah semangat dengan kehadiran Jaslina yang lebih jelita dan sempurna malah sesuai dengan suaminya dan Nur merasakan dirinya lompong , kotor dan jijik malah tidak sedikit pun layak untuk suaminya yang begitu sempurna dimatanya . Adakah Nur kembali kepada Hairy lelaki yang telah merampas mahkotanya atau kamil lelaki yang sentiasa mendambakan cinta darinya atau Nur berjuang untuk cinta super heronya, suami yang dikasihi.

"Dasar bapak rimau tahu cari salah orang saja!"- kucing warrior

"Mulut tu boleh diam tak! Aku cium baru tahu."- bapak rimau

"saya tidak mampu jadi bidadari kerana saya tidak sempurna Encik Carl, saya tidak layak untuk Encik Carl." -Nur Maryam

"Aku tidak perlukan bidadari andai dia sempurna , jadi lah permaisuri yang mengiringi aku Nur kerana kau cukup sempurna untuk ku!"- Carl Uzairy

"Kau milik aku dari awal lagi Nur !Sekali aku jadikan kau milik aku  akan ku gengam dan tak akan sesekali aku lepaskan"- Khairy

Aku menulis kerana hobi mungkin tatabahasa pun ada salah. Ini sebagai hiburan sahaja.