Friday 10 May 2019

Part 2 ( takdir mencintaimu)

Nur melepaskan pandangan pada kotak yang penuh tersusun sampul surat warna putih. Kali ni agak kali keberapa kalau dia bagi surat resign ni. Detik hatinya sambil mengusap surat Surat  itu.

"nur kau nak cuba lagi ke? Nur memandang kearah lelaki di sebelah meja. Lee han cuma tersenyum menampakan gigi putinya tersusun rapi. Lee han bodyguard kepada carl uzairy.

"kau rasa? " tanya nur sambil bibirnya diherotkan ke kiri sedikit.
Lee han tertawa kecil. Dihirup kopi suam Lalu  dia menyandarkan badan Kebelakang.

"Nur aku rasa kau patut give up je bagi surat tu... Nanti dia buang jugak, kau je paling lama nur jadi PA Dia. Orang lain 5 jam pun dah blah tau." Beriya lee han berbicara.

"habis tak kan sampai bongkok tua aku kena jadi PA Dia?" nur tak puas hati , kali ni ketawa Lee han agak kuat tapi masih mampu dikawal . Takut pak Rimau dengar la tu.Nur menjeling tajam.

"tu aku tak tau, senang cerita kau kawin je dengan dia tu".

"noo way... Giler.. Memang tak la..."

Sepantas kilat nur menolak. Jujur hati belum terima, Bukan dengan en.carl malah dengan lelaki lain pun. Pinangan ditolak tak terkira dek jari dia. Inikan pula nak kawinDengan bos dia  itu memang idea gila Lee han.

"Nur... Dengan En. Carl je kau boleh dekat. En Carl pun dengan kau boleh dekat" kata lee han wajah agak serius. Serius ke dia atau sekadar sembang kosong. Nur memuncung mulutnya.

" aku bukan selesa dengan dia saje, dengan kau pun aku ok. Tapi nak fikir pasal kawin..." kata nur terhenti sekilas dia memandang lee han. Lelaki tu menganguk faham. Faham akan situasi nur. Siapa di tempat Nur juga akan perit Nak dekat dengan lelaki.

"nur kau tak pelik ke?" Lee han memecah kesunyian yang agak lama.

"apa yang pelik?"

"pelik la kau je boleh tahan dengan dia? " muncung lee han di hala kearah pintu kayu bilik En. Carl. Nur cuma senyum pendek. Beberapa saat senyuman mati.

"tak pelik,  sebab kau pun boleh tahan dengan dia lee.. Lagi lama dari aku."
Lee Han lelaki berbangsa cina itu meleret tersenyum. Bicara bahasa melayu sangat lancar tiada lenggok dailet bahasa cina.

"aku lain...aku ada hutang nyawa dengan dia, kau ada apa?" Kata lee han Sambil mengangkat  kedua dua keningnya.

Nur membetulkan kaca mata bulat yang mula senget tadi. Mulut muncung sedikit sambil pen di tangan diketuk ketuk meja. Mencari apa punca dia masih menjadi PA carl.

"entah..." hanya itu yang keluar dari mulut kecil merah sambil menjongket sebelah bahu kananya. Aku tak tahu kalau ikut hati mahu sahaja lari tanpa dijejaki, ada sahaja staff buat macam tu tapi makin dia lari makin Kerap nama Carl muncul difikiran sampai naik stress dia. Sebab tu dia masih rela disisi carl. Jiwa tak tenteram bila dia lari. Tapi nak mintak pelepasan dari carl memang tak kan dapat.Kenapa susah sangat dia nak lepaskan aku,  Setiap kali dihulurkan surat berhenti setiap kali surat tu dibuang sahaja.Getus hati nur kewujudan lee han dilupakan seketika.