Skip to main content

Malaikat ku....

Salam BeautifulLife....

ain nak kongsi citer ni.. masa tgh syok lyn mukabuku ain tertgk link ni yang bertajuk Perbualan seorang bayi sebelum kelahiranya.

masa ain baca ain menitis air mata.. ain rasa sedih sgt2...
ain x mo ckp banyak... so bacalah....

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu




ain shared  dari (Informasidotmy)

So, Wassalam BeautifulLife

Comments

Popular posts from this blog

~alamak cancel plop~

Salam BeautifulLife Cancel!!! Ain dah ciap lawa-lawa dah pagi tadi .. Shap kul 8 kena turun sebab Puan Mimi sms kul 8 dia datang amik... ain dah prepared nak amik test komp ari ni .. tup..tup kul 7.58 pn mimi sms cakap cancel sebab komputer off line... ain xtau nak cakap happy ke x puas hati sekarang ni.. tapi x pe la ...ecok ambil test tu.. kira ok la x pospon lama-lama kan sebab ain malas nak tunggu lama-lama buat serabut kepala je... hari n pagi-pagi lagi ain dapat satu petikan untuk keyakinan diri dari sebuah cerita pagi tadi ... "kenapa perlu takut, kerana perasaan takut itu sia-sia sahaja" bila pikir balik betoi gak sebab kita takut kita dapat masaalah.. Tapi takut kepada yang ESA itu penting la ok... hidup kena happy ye... Jgn tension-tension mcm nie...  Wassalam BeautifulLife

1 mei.....Pegi jalan2 kat Sunway Lagoon

Salam....cume2... Wah!!! best sesangat ari ni akak bawak pegi jalan kat Sunway Lagoon... Puas giler main ..Sume benda aku naik n main..Huh puas hati kot.. bro in law te belanjer te masuk Sunway Lagoon.... hehehe..Fist bro in law yang TERBAIK!!!!! Main kat sana sampai sakit badan nih...adui!!!(hehehe sompat lagi ler te nak bblog...) Main kat sana dari pagi sampai petang .... Benda yang paling te takut and puas hati main ...kapal berayun tuh..(x tau nama sebenar..hahaha)  Naik benda tuh memang gerun macam nak tercabut Jantung...naik tu asyik meraung & menjerit... Sepanjang main kapal tu...te tutup mata je takut nak bukak mata...Tapi mmg best ar main... Ni la kapal berayun tu.... Terbaik!!! Mmg release tension giler...naik benda ni...suka weh!!!...hehehehe..  Tu je la yang dapat di kongsi hari ni pada kekawan yang da masa pegi la ...jln k...
salam BeutifulLife.. Ain x tau nak buat apa ....ain rasa byk yang x kena hari nie... nape ek??? ain pun x tau.... jab agi ain nak identified problem ain ni.... baru dapat solutionnyer.... hari ni ain x nak identified lg la... ngah sakit kepala ni... terkejut sikit.... relex la wahai hati.... tlg la.... Ain nak relex kejab nak tenangkan diri ain ni...okey wassalam BeautifulLife...